Berita PAS Cawangan

Berita PAS Kawasan

Berita Kerajaan Negeri

Dun Jeram

Berita PAS Selangor

Berita PAS Pusat

Aktiviti PAS Puncak Alam[ Lihat Keseluruhan Aktiviti ]

Berita Terkini

Monday, 21 July 2014

Sekitar Program Semurni Kasih Ramadhan 2014 PAS Cawangan Fasa 2

0 comments





















Wednesday, 9 July 2014

PAS Cawangan Fasa 2 Anjur Program Semurni Kasih Ramadhan

0 comments

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Setiap kebaikan itu adalah sesekah dan sesungguhnya termasuk kebaikan adalah engkau bertemu saudaramu dengan wajah yang gembira dan menuangkan air dari timbamu ke bejana tetanggamu."
(Hadis riwayat Ahmad dan Tarmidzi)

PAS CAWANGAN FASA 2 PUNCAK ALAM akan mengadakan satu program "SEMURNI KASIH RAMADHAN" yang akan diadakan pada hari Ahad 20 Julai 2014. Antara aktiviti yang telah diatur ialah Ziarah Ramadhan (memberi sumbangan Berbuka Puasa, Barangan Keperluan Asas serta Sumbangan Duit Raya) bersama tetamu jemputan Ustazah Wan Hasrina Wan Hasan, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor - DMPNS ke 30 buah rumah keluarga yang terdiri daripada Ibu Tunggal, Anak Yatim ,Warga Emas dan Kurang Berkemampuan.

Kepada para dermawan yang dirahmati Allah, PAS Cawangan Puncak Alam Fasa 2 amat berbesar hati sekiranya Tuan/Puan sudi menghulurkan sumbangan untuk disampaikan kepada 30 keluarga di Fasa 2 ini. Sekiranya Tuan/Puan berhajat, boleh hubungi wakil AJK PAS Fasa 2 seperti yang telah dimuatkan didalam poster diatas atau Tuan/Puan boleh memasukkan terus kedalam akaun PAS Cawangan seperti dalam poster juga. HULURKAN BANTUAN, RINGANKAN BEBAN.



Thursday, 19 September 2013

PAS Fasa 2 Lancar Tabung Bantuan 13 Mangsa Yang Ditahan Membantah Rampasan Kuasa di Perak

0 comments

Puncak Alam 19 September 2013 - PAS Cawangan Fasa 2 Puncak Alam hari ini melancarkan tabung bantuan kepada 13 orang mangsa kezaliman mahkamah yang menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara serta denda RM5000 setiap seorang kerana didapati bersalah menyertai himpunan membantah Ops Rampas Kuasa yang dibuat oleh Barisan Nasional terhadap kerajan Pakatan Rakyat yang sah.

PAS Fasa 2 menyifatkan hukuman yang dijatuhkan kepada kesemua tahanan adalah zalim serta tidak berperikemanusiaan. Oleh yang demikian, PAS Fasa 2 mewujudkan tabung bantuan untuk membantu keluarga mangsa yang ditahan serta membantu mengurangkan bebanan jumlah denda RM5000 yang terpaksa dihadapi mereka.

Sumbangan boleh disalurkan kepada wakil PAS Fasa 2, Tuan Hj. Abu Bakar (019-387 3484) atau terus selur kedalam akaun PAS Cawangan Fasa 2 melalui akaun CIMB Islamic Bank : 1277000 1587102

Tuesday, 23 July 2013

Foto-foto Sekitar Majlis Iftar & Penyampaian Sumbangan PAS Fasa 2

0 comments












Untuk melihat foto-foto lain, sila klik disini



PAS Fasa2 Puncak Alam Komited Jaga Kebajikan Rakyat

0 comments
YB Dr Rani beramah mesra dengan penerima sumbangan



PUNCAK ALAM : Pada 21 Julai lalu, PAS Caw Fasa 2 Puncak Alam Kuala Selangor telah mengadakan satu program Iftar dan Penyampaian Sumbangan Ramadhan kepada golongan memerlukan dikalangan Ibu Tunggal, warga emas, anak-anak yatim serta keluarga yang kurang kemampuan.

Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN Meru, YB Dr. Abdul Rani Osman telah menyampaikan sumbangan kepada 37 orang serta memberikan tazkirah. Turut hadir ialah Cikgu Rashid Kasim, YDP PAS Kuala Selangor.

Menurut Ketua Cawangan PAS  Fasa 2, Sdr. Rosli bin Awang Abdul Rahman, walaupun PAS tidak memenangi kerusi DUN Jeram dan Parlimen Kuala Selangor, namun kerja-kerja kebajikan serta kemasyarakatan akan terus dilaksanakan setiap masa bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.



Wednesday, 17 July 2013

Majlis Iftar dan Sumbangan Ramadhan 1434H

0 comments



Sukacita dimaklumkan, PAS Cawangan Fasa 2 Puncak Alam akan menganjurkan Program Iftar dan Sumbangan Ramadhan pada tarikh 21 Julai 2013 (Ahad) bermula jam 5.oo ptg bertempat di Balai Masyarakat Fasa 2.

Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara PAS Cawangan dengan penduduk setempat dan juga mendengar Tazkirah Ramadhan daripada Pesuruhjaya PAS Selangor iaitu YB Dr Abdul Rani Osman.

Seperti kelazimannya, PAS Cawangan Fasa 2 Puncak Alam akan menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada mereka yang memerlukan di seluruh kawasan Fasa 2 Puncak Alam bagi menceriakan persediaan mereka menyambut Syawal kelak. Antara yang dikenalpasti untuk diberikan sumbangan ialah anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas serta keluarga yang dilanda kesempitan serta miskin.

Justeruitu PAS CawanganFasa 2 mengalu-alukan sumbangan wang daripada pihak Tuan / Puan bagi menampung program yang dirancang ini. Segala sumbangan bolehlah disalurkan kepada Bendahari PAS Cawangan En Mohd Asri( 012-6233751) ataupun kepada Pengarah Program Hj Abu BakarvHamzah ( 019-3873484).

Diharapkan kehadiran dengan sumbangan daripada tuan/puan akan memberikan sedikit harapan kepada mereka terutama untuk menyambut Syawal yang akan tiba nanti. Segala sumbangan yang diberikan kami dahului dengan lafaz Jazakumullahu Khairan Kathira dan kami panjatkan doa semoga tuan/puan diberkati Allah serta diperluaskan rezeki.


Sekian,


Yang Menjalankan Amanah,


ROSLI B. AWANG ABD RAHMAN
Ketua Cawangan PAS Fasa 2 Puncak Alam

Wednesday, 3 July 2013

RM55 Juta Dibelanja Daripada RM300 Juta Geran Selangorku

0 comments


SHAH ALAM, 1 JULAI: Kerajaan Negeri sehingga kini sudah membelanjakan sebanyak lebih RM55 juta daripada RM300 juta yang diperuntukkan dalam Geran Selangorku.

Peruntukan bagi infrastruktur mencatatkan perbelanjaan tertinggi iaitu sejumlah lebih RM32.8.
Selain itu, sejumlah RM5.6 juta turut dibelanjakan di bawah geran infrastruktur sukan.

“Dengan adanya kemudahan infrastruktur lebih baik seperti kerja-kerja menaiktaraf jalan, longkang dan parit, pembinaan jambatan serta lampu jalan banyak membantu memberi kehidupan lebih selesa kepada rakyat.

“Selain menjadikan jalan raya lebih selamat kepada pengguna serta membantu mengatasi masalah banjir kilat yang kerap melanda disebabkan keadaan longkang dan parit yang tidak diselenggara,”kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar berkata demikina ketika menjawab soalan lisan Abdul Syukur Idrus(BN- Kuang)mengenai penggunaan Geran Selangorku dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor hari ini.
Menurut Abdul Khalid lagi, hampir 66.5 peratus (147 projek) daripada keseluruhan 221 projek infrastruktur melibatkan kerja penurapan jalan, 19.9 peratus (44 projek) kerja menaiktaraf longkang dan 4 peratus (9 projek) untuk mengadakan lampu jalan.

Projek lain yang dilaksanakan dalam Geran Selangorku, Pengukuhan Demokrasi dengan kos RM4 juta daripada jumlah peruntukan RM5 juta, Pemerkasaan Wanita RM3.4 juta daripada RM30 juta, Sokongan Pendidikan RM3 juta daripada RM30 juta dan 13 program lain.

Monday, 1 July 2013

Bonus Untuk Staf Pusat Khidmat DUN

0 comments


SHAH ALAM 1 JULAI :  Kerajaan Negeri bakal memberi bonus kepada kakitangan pusat khidmat DUN yang mencapai target dalam menjayakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemberian itu bertujuan mempertingkatkan penglibatan masyarakat terhadap program MES selain memastikan golongan yang memerlukan dapat dibantu.

Katanya, pemberian bonus ini sebagai satu galakan agar keberkesanan kerajaan prihatin akan dapat dicapai dan jumlahnya akan dibincangkan nanti.

“Tetapi kita dapati adakalanya maklumat program MES tidak sampai kepada rakyat dan kita merencanakan beberapa pendekatan untuk memperhebat hubungan itu ,” katanya menjawab pertanyaan lisan Hasbullah Mohd Ridwan (PAS-Gombak Setia) ketika sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Selain itu, Abdul Khalid menambah Kerajaan Negeri sentiasa mencuba mengenal pasti dan mengambil langkah-langkah proaktif dalam menambah baik program MES termasuk syarat-syarat bagi memastikan manfaatnya dinikmati oleh semua golongan.

“Oleh itu, pentadbiran Kerajaan Negeri sentiasa memantau perlaksanaan setiap program dari masa ke semasa bagi memastikan ia berjalan lancar melalui laporan yang dikemas kini dari masa ke semasa kepada Kerajaan Negeri.

“Kita juga sentiasa menerima dan mengambil kira segala cadangan atau apa juga teguran yang diterima bagi sebarang penambahbaikan,” katanya.

Antara program MES yang diperkenalan sejak 2008 ialah air percuma, Tabung Anak Warisan Selangor (Tawas) dan yang terbaru insentif perkahwinan kepada belia berumur 35 tahun ke bawah, tidak ketinggalan bantuan untuk golongan warga emas serta banyak lagi program.

Info berkaitan program MES disediakan di portal rasmi MES iaitu mes.selangor.gov.my , di pusat khidmat DUN, pengedaran risalah di setiap daerah, promosi melalui billboard dan kaunter-kaunter penerangan MES di gerai pameran majlis Kerajaan Negeri.

Selangor Konsisten Bantu Perjuangan Rakyat Palestin

0 comments


SHAH ALAM 1 JULAI : Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor berterusan dalam memberikan sokongan moral dan material kepada pejuangan rakyat Palestin.

Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi berkata, Negeri Selangor akan menjadi bumi dan tempat bernaung orang-orang yang dizalimi daripada kekejaman regim Zionist Israel.

“Saya merasa yakin dengan kebangkitan Islam di negeri Selangor ini dengan pertemuan dan pengajian serta pengajian untuk melahirkan ummah yang akan memberikan sokongan kepada umat Islam di Palestin dan seluruh dunia.

“Dataran Kemerdekaan Shah Alam ini sudah menyaksikan sokongan terhadap kebangkitan ummah dalam membebaskan bumi Palestin daripada kekejaman regim Zionist,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira 1,000 orang semasa Majlis Munajat Pembebasan Ummah yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.

Kata Sallehen, beliau yakin akan perjuangan umat Islam di Palestin akan mendapat kejayaan dalam masa terdekat.



“Kami mengharapkan agar hati dan sanubari rakyat Selangor akan terus bersama dengan golongan umat Islam di mana-mana sahaja dan kita bersedia untuk berhimpun pada bila-bila masa sahaja.

“Dan kita akan bersedia untuk membantu mereka yang dizalimi di mana-mana sahaja,” kata beliau.
Dalam majlis itu turut dihadiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Ahli Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds. yang turut memimpin solat hajat dan munajat untuk pembebasan ummah.

Hadi dalam ucapannya menyeru umat Islam yang mencecah 3 bilion orang perlu mempunyai kekuatan dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan melaksanakan sepenuh ajarannya.

Tambahnya, hanya melalui perjuangan bersama Islam maka bumi Palestin dan dunia Islam dapat dibebaskan dengan tidak terpengaruh kepada perjuangan berasaskan nasionalisme yang di bawa penjajah untuk memecah belahkan umat Islam.





“Kita jangan kehilangan punca, perjuangan umat Islam untuk membebaskan Palestin adalah teras untuk menyatupadukan seluruh umat Islam,” tegas  Hadi.

Turut sama hadir anak kepada As-Syahid Ahmad Yasin, Abdal Ghani A.I Yasin dan adik kepada As-Syahid Dr Nizar A.M Rayyan, Abdal Alatif A.M Rayyan.

Operasi Bersepadu Kutip Hasil Tanah Sumbang Peningkatan Rizab Negeri

0 comments


SHAH ALAM, 1 JUL : Faktor utama rizab negeri berjumlah RM2.8 bilion pada akhir Mei 2013 adalah disebabkan pelaksanaan operasi bersepadu mengutip hasil tanah yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pelaksanaan operasi ini turut mendorong kepada pertambahan kadar kutipan cukai sehingga melebihi 100 peratus.

Jelasnya, peningkatan kadar kutipan cukai dengan nilai dua kali ganda ini dijayakan melalui kutipan dari rumah ke rumah selain mengenalpasti pemilik tanah yang gagal membayar cukai.

“Kerajaan Negeri terutamanya melalui Pejabat Daerah dan Tanah sentiasa berusaha meningkatkan kutipan cukai tanah melalui beberapa kaedah, antaranya membuka kaunter kutipan di luar pejabat Daerah dan Tanah di kawasan pedalaman.

“Kita juga turut menambah saluran atau kaedah pembayaran secara online dan pusat pembayaran di kaunter Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian sewaktu menjawab pertanyaan mulut daripada Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berhubung langkah-langkah proaktif Kerajaan Negeri mengukuhkan kedudukan kewangan negeri Selangor dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.
Tambahnya, pewujudan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri juga berjaya membantu Pakatan Rakyat (PR) Selangor menguruskan lebihan tunai (rizab) dengan lebih efisyen di samping memberi pulangan faedah yang optimum.

Menurutnya, melalui jawatankuasa itu, Kerajaan Negeri berjaya mengutip hasil daripada faedah ke atas pelaburan sebanyak RM52 juta pada tahun 2012 berbanding RM14 juta pada tahun 2007.

“Pelaksanaan garis panduan perbelanjaan berhemah dikeluarkan Perbendaharaan Negeri Selangor membantu Kerajaan Negeri memperkemaskan dan membuat penambahbaikan terhadap pengurusan perbelanjaan,” katanya lagi.

Lokas Hot Spot Wifi Selangorku Bakal Ditambah Menjadi 224

0 comments

SHAH ALAM, 1 JULAI: Lokasi hot spot wifi percuma Selangorku bakal ditambah daripada 112 kepada 224 lokasi.

Sejak dilancarkan pada 2010 dibawah Geran Selangorku ia menunjukkan peningkatan pengguna secara mendadak.

Atas peningkatan tersebut menyebabkan Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk menambah lokasi hot spot tersebut pada tahun ini juga.

“Sehingga kini Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM572,741.67 bagi memperluaskan perkhidmatan wifi percuma ke seluruh Selangor,” ujar Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi dalam Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.
Menurut Dr Daroyah, pada 2010 kemudahan tersebut mencatatkan seramai 5,287 orang pengguna meningkat kepada 7,307 (2011), 7,324 (2012) dan setakat 30 Jun 2013 sahaja sudah mencatatkan peningkatan mendadak kepada 51,336 pengguna.

Menurut Dr Daroyah lagi, Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak dua lokasi hot spot di setiap kawasan DUN di Selangor.

Tidak Perlu Kebenaran MB Untuk Akses Maklumat Kerajaan Negeri

0 comments

SHAH ALAM 1 JULAI : Rakyat Selangor boleh mengakses maklumat di semua jabatan dalam Kerajaan Negeri tanpa sekatan daripada mana-mana pihak.

Perkara ini dinyatakan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong sebagai jawapan kepada soalan tambahan Datuk Shamsuddin Lias (BN -Sungai Burong) yang sebelum itu mendakwa terdapat sesetengah maklumat perlu meminta kebenaran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Elizabeth menjelaskan dalam Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor 2013, sekatan hanya akan dilakukan sekiranya maklumat terbabit terkandung dalam Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang memerlukan kebenaran daripada badan yang terlibat.

“Untuk makluman memang tidak benar kebenaran perlu didapati oleh Menteri Besar, saya syorkan Sungai Burong dan Adun yang lain perlu membaca semula enakmen, di dalam itu disenaraikan maklumat itu boleh didapati dari siapa dan kaedah-kaedah yang digunakan,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Selangor (DNS).

Beliau menambah badan maklumat negeri adalah sebuah badan yang bebas dan adil yang mana ahlinya terdiri daripada golongan yang berpengalaman.
Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor 2013 dikuatkuasa pada 5 Mac 2013 melalui pemberitahuan dalam warta Selangor bersekali dengan dua undang-undang subsidari peraturan-peraturan kebebasan maklumat (akses).

Seramai 41 orang pegawai dari pelbagai Jabatan Negeri dan badan berkanun dilantik menjadi pegawai maklumat.

Mereka diberi pendedahan dan latihan berhubung tugas-tugas melalui dua siri latihan pada bulan Disember 2012 dan Mac 2013.

Mengulas lanjut, Elizabeth memaklumkan pelbagai program akan dijalankan sebagai galakan orang awam menggunakan enakmen itu termasuk pengedaran poster ke semua jabatan sebagai promosi dan pembukaan gerai pameran ke acara Kerajaan Negeri.

Enakmen itu hanya berkuatkuasa kepada Kerajaan Negeri Selangor dan jabatan-jabatan di bawahnya. Jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan walaupun bertempat ataupun bertugas di negeri Selangor tidak termasuk dalam enakmen ini. Maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) juga tidak termasuk.

Undang-undang kebebasan maklumat menetapkan peraturan dalam pemerolehan maklumat yang dipegang oleh badan-badan kerajaan. Undang-undang ini menjelaskan proses perundangan yang mewajibkan maklumat kerajaan dibuka kepada orang awam.

Tujuannya untuk menggalakkan ketelusan dan menangani rasuah.

Monday, 24 June 2013

Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Puncak Alam Fasa 2 Puncak Alam Sesi 2013-2015

0 comments




BIL
JAWATAN
NAMA
01.
Pengerusi Tetap
En. Nazarudin b. Abu Bakar
02.
Timb. Pengerusi Tetap
Tn. Hj. Zawawi b. Ismail
03.
Ketua Cawangan
En. Rosli Awang b. Abd. Rahman
04.
Naib Ketua Cawangan
En. Fared b. Othman
05.
Ketua Pemuda
En. Muhammad b. Hawari
06.
Ketua Muslimat
Pn. Zainab bt. Ahmad
07.
Ahli Jawatankuasa
En. Mohd Asri b. Adenan
08.
Ahli Jawatankuasa
En. Kamarul Azhar
09.
Ahli Jawatankuasa
En. Abdullah Chik b. Zain
10.
Ahli Jawatankuasa
En. Ishak b. Ahmad
11.
Ahli Jawatankuasa
En. Mohd Shahraini b. Abu Sahid
12.
Ahli Jawatankuasa
Pn. Shamsiah b. Mohamed
13.
Ahli Jawatankuasa
Pn. Musalmah b. Nikmat
14.
Ahli Jawatankuasa
Pn. Raja Sarimah b. Raja Alias
15.
Pemeriksa Kira-kira 1
En. Ahmad Nazir b. Mohamed Asru
16.
Pemeriksa Kira-kira 2
En. Ahmad Kamal b. Abd. Aziz