SHAH ALAM, 1 JULAI: Kerajaan Negeri sehingga kini sudah membelanjakan
sebanyak lebih RM55 juta daripada RM300 juta yang diperuntukkan dalam
Geran Selangorku.
Peruntukan bagi infrastruktur mencatatkan perbelanjaan tertinggi iaitu sejumlah lebih RM32.8.
Selain itu, sejumlah RM5.6 juta turut dibelanjakan di bawah geran infrastruktur sukan.
“Dengan adanya kemudahan infrastruktur lebih baik seperti kerja-kerja
menaiktaraf jalan, longkang dan parit, pembinaan jambatan serta lampu
jalan banyak membantu memberi kehidupan lebih selesa kepada rakyat.
“Selain menjadikan jalan raya lebih selamat kepada pengguna serta
membantu mengatasi masalah banjir kilat yang kerap melanda disebabkan
keadaan longkang dan parit yang tidak diselenggara,”kata Menteri Besar,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menteri Besar berkata demikina ketika menjawab soalan lisan Abdul
Syukur Idrus(BN- Kuang)mengenai penggunaan Geran Selangorku dalam
Persidangan Dewan Negeri Selangor hari ini.
Menurut Abdul Khalid lagi, hampir 66.5 peratus (147 projek) daripada
keseluruhan 221 projek infrastruktur melibatkan kerja penurapan jalan,
19.9 peratus (44 projek) kerja menaiktaraf longkang dan 4 peratus (9
projek) untuk mengadakan lampu jalan.
Projek lain yang dilaksanakan dalam Geran Selangorku, Pengukuhan
Demokrasi dengan kos RM4 juta daripada jumlah peruntukan RM5 juta,
Pemerkasaan Wanita RM3.4 juta daripada RM30 juta, Sokongan Pendidikan
RM3 juta daripada RM30 juta dan 13 program lain.






0 comments:
Post a Comment