SHAH ALAM 1 JULAI : Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor berterusan
dalam memberikan sokongan moral dan material kepada pejuangan rakyat
Palestin.
Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi berkata, Negeri Selangor akan
menjadi bumi dan tempat bernaung orang-orang yang dizalimi daripada
kekejaman regim Zionist Israel.
“Saya merasa yakin dengan kebangkitan Islam di negeri Selangor ini
dengan pertemuan dan pengajian serta pengajian untuk melahirkan ummah
yang akan memberikan sokongan kepada umat Islam di Palestin dan seluruh
dunia.
“Dataran Kemerdekaan Shah Alam ini sudah menyaksikan sokongan
terhadap kebangkitan ummah dalam membebaskan bumi Palestin daripada
kekejaman regim Zionist,” kata beliau.
Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira 1,000 orang semasa Majlis
Munajat Pembebasan Ummah yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam
di sini.
Kata Sallehen, beliau yakin akan perjuangan umat Islam di Palestin akan mendapat kejayaan dalam masa terdekat.
“Kami mengharapkan agar hati dan sanubari rakyat Selangor akan terus
bersama dengan golongan umat Islam di mana-mana sahaja dan kita bersedia
untuk berhimpun pada bila-bila masa sahaja.
“Dan kita akan bersedia untuk membantu mereka yang dizalimi di mana-mana sahaja,” kata beliau.
Dalam majlis itu turut dihadiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang selaku Ahli Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds. yang
turut memimpin solat hajat dan munajat untuk pembebasan ummah.
Hadi dalam ucapannya menyeru umat Islam yang mencecah 3 bilion orang
perlu mempunyai kekuatan dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
dengan melaksanakan sepenuh ajarannya.
Tambahnya, hanya melalui perjuangan bersama Islam maka bumi Palestin
dan dunia Islam dapat dibebaskan dengan tidak terpengaruh kepada
perjuangan berasaskan nasionalisme yang di bawa penjajah untuk memecah
belahkan umat Islam.
Turut sama hadir anak kepada As-Syahid Ahmad Yasin, Abdal Ghani A.I Yasin dan adik kepada As-Syahid Dr Nizar A.M Rayyan, Abdal Alatif A.M Rayyan.






0 comments:
Post a Comment