SHAH ALAM 26 JAN : Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)
didakwa mengunakan dana awam untuk kepentingan sendiri dan tidak untuk
tujuan menjaga kepentingan rakyat dalam urusan membekalkan air
secukupnya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini menunjukkan
kegagalan Syabas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berikutan
tindakan sepatutnya dilakukan, tidak dilaksanakan.
Menurutnya, seharusnya Syabas memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk memastikan semua peralatan dalam keadaan baik.
“Tiga tahun lepas, dia belanja hampir RM700 juta bukan membetulkan
paip tetapi dia membeli kereta, membaiki rumah pejabat. Pejabat tidak
boleh membetulkan paip.
“Jadi duit rakyat digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya,”
katanya dalam ucapan meraikan jentera pilhanraya Ijok dan Bandar Tun
Razak di sini malam tadi.
Menteri Besar berkata, Syabas juga sudah diberikan peruntukan
secukupnya termasuk memperoleh hasil pendapatan tinggi daripada orang
ramai.
Maka itu, katanya tindakan Kerajaan Negeri tidak menyalurkan perbelanjaan modal (Capex) tidak harus dipersoalkan.
“Kalau Syabas tidak ada duit untuk membaiki paip air, buat apa kita
suruh dia buat kerja. Setiap bulan dapat beratus juta duit kutipan, ke
mana duit itu pergi,” katanya.
Katanya, Kerajaan Negeri perlu diberi hak dalam perkara itu dan
rakyat perlu bertindak membetulkannya dengan menukar pentadbiran negara.






0 comments:
Post a Comment