SHAH ALAM 26 JAN : Umno-BN didakwa menangguhkan pilihan raya beberapa
kali kerana kajian dijalankan membayangkan gabungan itu akan kehilangan
kuasa di Putrajaya.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham
Shaharin atau Chegubard berkata Umno-BN kini kelihatan dalam keadaan
terdesak bagi mengekalkan kuasa diperolehnya.
Katanya, maklumat dari sumber yang boleh dipercayai menyatakan
Umno-BN pernah cuba mengadakan Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13) tetapi
melupakannya kerana tidak yakin bagi memenanginya.
“Untuk pengetahuan semua, empat kali Umno-BN pernah cuba panggil
pilihan raya. Tanya pihak Kemas, tanya cikgu sekolah, tanya polis dan
tanya pimpinan Umno, mereka telah diarah bersedia empat kali sebelum
ini.
“Tetapi ternyata keempat-empat kali mereka tidak boleh panggil
pilihan raya sebab kajian menyatakan kalau dia panggil pilihan raya
iaitu Umno-BN bukan saja gagal merampas Selangor tetapi dipaksa keluar
dari Putarajaya,” katanya ketika berucap dalam majlis meraikan jentera
pilihanraya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi. Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, katanya, Umno-BN pada masa ini tidak boleh lagi
mengelak PRU13 kerana tempoh masa bagi pembubaran parlimen dan DUN
semakin hampir ke penghujung.
Tegasnya, sama ada setuju atau tidak, pembubaran DUN akan bermula di
Johor pada 21 Mac depan diikuti negari lain serta di peringkat parlimen
pada April.
Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah
Anwar berkata, rakyat perlu bangkit bertindak bersama Pakatan Rakyat
(PR) demi memastikan pentadbiran negara diuruskan dengan betul dan
bertanggungjawab.
“Kita nak tadbir dan selamatkan Malaysia bukan berasaskan dendam. Tun
Dr Mahathir Mohamad bersaralah, kita tidak berminat untuk memenjarakan
beliau.
“Kita berminat untuk menyelamatkan wang rakyat dan memastikan anak
cucu kita dapat menikmati kehidupan berkualiti, tidak seperti mereka
yang terus mengkhianati perjuangan rakyat,” katanya.






0 comments:
Post a Comment