Presiden Abullah Gül, yang terkenal aktif menggunakan media sosial,
mempunyai lebih 42,000 pengikut di laman web perkongsian foto, Instagram
dalam beberapa minggu dia membuka akaun tersebut.
Presiden Gul merupakan pengguna aktif Twitter, Facebook, YouTube dan
Flickr, dan kini telah mula berkongsi gambar di Instagram, yang
kebanyakan foto tersebut diambil oleh kakitangan istana presiden,
bagaimanapun, dilaporkan presiden akan berkongsi foto yang diambil oleh
beliau sendiri. 22,000 orang mula mengikuti akaun Presiden Gül,
cbabdullahgul dalam minggu pertama beliau mempunyai akaun Instagram,
Presiden Gül akan bertemu dengan tokoh-tokoh terkenal media digital
dan sosial di kediaman presiden, istana Cankaya, pada hari Selasa untuk
bertukar-tukar pandangan mengenai kewartawanan dalam talian dan media
sosial di Turki. Antara mereka yang dijemput termasuk İsmail Hakkı Polat
dari jabatan media baru di Kadir Has University; Ketua Editor ntvmsnbc.com,
Ahmet Yeşiltepe ; kolumnis Rahşan Gülşan, Habertürk dan
fenomenaTwitter Turki, Hakim Turkmen, yang dikenali dengan nama Twitter
beliau "beyinsiz adam" (manusia tak berakal).
Dalam usaha untuk memulihkan tradisi "Meja Cankaya" - pertama kali
ditubuhkan oleh pengasas Republik Turki, Mustafa Kemal Atatürk -
perbincangan yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat, Gül telah
menjemput mereka yang terkenal dari pelbagai profesion ke istana
presiden sejak beliau dilantik sebagai presiden pada tahun 2007.






0 comments:
Post a Comment