KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin
Hassan berkata pihaknya kini sedang berusaha merapatkan jurang dengan
anak muda yang dilihat semakin menunjukkan minat untuk bersama-sama
dalam perjuangan parti itu.
Beliau, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, pihaknya juga
baru-baru ini telah melancarkan Gerakan Selamatkan Ekonomi Negara atau
Gesa sebagai kempen untuk mendekati pemuda dan menerangkan punca masalah
ekonomi yang dihadapi mereka, khususnya berkaitan sara hidup,
pengangguran, keselamatan, pengangguran sosial.
“Dalam menggerakkan Gesa, saya telah diamanahkan sebagai Presiden, yang akan dilancarkan dalam masa terdekat dan menjadi gerakan gelombang anak muda untuk bangkit bersama, mencari alternatif baru dalam menggerakkan ekonomi negara,” kata beliau dalam wawancara bersama Sinar Harian..
Beliau berkata, Pemuda PAS kini memberi fokus khusu kepada golongan pengundi berumur 35 tahun ke bawah.
Golongan ini katanya antara golongan yang berdepan pelbagai masalah khususnya membabitkan soal kewangan kerana dikatakan baru menjengah ke alam sebenar kehidupan.
“Golongan ini baru bermula ke alam pekerjaan, baru berumah tangga, terpaksa mengambil pelbagai jenis pinjaman untuk meneruskan kehidupan,” tegas beliau.
Nasrudin juga berkata pinjaman perumahan dan kereta adalah dua isu utama yang dihadapi golongan ini terutamanya bagi yang bergaji RM3,000 ke bawah.
Perkara itu, katanya, dirumitkan lagi dengan bebanan pinjaman pendidikan di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menurut Nasrudin, isu yang melibatkan golongan pemuda di negara ini merentasi kaum dan agama, dan oleh sebab itu, Pemuda PAS telah mengeratkan lagi kerjasama dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS srta rakan-rakan di DAP dan PKR.
Berbicara mengenai peluang PAS di PRU13, Nasrudin berkata beliau lebih berminat untuk terus berkerja keras memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dan tidak mahu jentera PAS berasa selesa dengan keadaan yang ada sekarang ini.
“Kami tidak meletakkan parti dalam zon selesa dalam menghadapi PRU. Walau negeri mana pun, kita tidak mahu terlalu yakin kerana meletakkan zon selesa dan terlalu yakin akan memerangkap diri,” tegas beliau.
Beliau juga berkata, pihaknya kini membahagikan pendekatan mereka dengan anak muda kepada segmen usia dan tidak lagi kepada pecahan kaum seperti dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam data mereka sejak sekian lama.
“Pemuda PAS kini mula melihat pola pengundi dari kaca mata usia berbanding dengan data SPR yang memaksa semua pihak untuk memandang pecahan undi daripada sudut kaum,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian.
Disember lalu, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru SPR untuk menghentikan tindakan memecah pengundi berdasarkan kaum, kerana ia telah mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan untuk lima dekad yang lalu.

0 comments:
Post a Comment