Pada 6-9hb Disember yang lalu, Muslimat PAS cawangan Puncak Alam Fasa 2 dengan kerjasama Kelab I-Care dan Pusat Wanita Berdaya (PWB) Puncak Alam telah mengadakan lawatan 3 hari ke negeri Kelantan Darul Naim dengan bertemakan "Kembara Jejak Ulama".
Menurut pengarah programnya Pn. Raja Sarimah Raja Alias, lawatan tersebut bertujuan bertemu secara dekat ulama yang tersohor di Kelantan yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan iaitu Dato' Seri Bentara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selain daripada itu, lawatan tersebut juga bertujuan memerhati dengan lebih dekat kehidupan Dato' Seri Bentara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang ketua negeri dan juga seorang ulama yang dikagumi ramai.
Dalam lawatan itu juga muslimat PAS Puncak Alam beserta peserta lain berpeluang menambah pengalaman menerusi bidang IKS yang dilakukan kebanyakan warga wanita di Kelantan selain mengeratkan silaturrahim peserta lawatan dengan warga penduduk di Kelantan.
Menurut Pn Raja Sarimah lagi, satu pengalaman yang tidak ternilai muslimat Puncak Alam serta peserta lawatan yang lain apabila dapat solat berjemaah di Masjid Darul Anuar di Pulau Melaka yang diimamkan sendiri oleh Dato' Seri Bentara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seterusnya Muslimat PAS telah menyerahkan dana yang dikumpul sebanyak RM 1,100.00 kepada Dato' Seri Bentara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri untuk projek lebuhraya rakyat yang akan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
:- Untuk melihat foto-foto yang lain, sila klik PAS PA Fasa II
:- Untuk melihat foto-foto yang lain, sila klik PAS PA Fasa II






0 comments:
Post a Comment