KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan
(Anak) menggesa Felda tidak melakukan potongan bayaran hutang ke atas
peneroka sewaktu kejatuhan harga komoditi getah dan sawit ketika ini.
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, potongan ke atas pendapatan peneroka dalam keadaan kejatuhan harga dua bahan mentah ini sangat membebankan mereka.
"Peneroka Felda paling terkesan dengan kejatuhan harga getah dan sawit kerana sudahlah pendapatan mereka tidak banyak, lepas itu banyak potongan yang dilakukan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Mazlan juga berkata, apa yang turut dikesalkan adalah sikap tidak serius kerajaan mengatasi masalah kejatuhan harga getah dan sawit.
"Saya tak nampak sikap kebertanggungjawaban kerajaan untuk mengatasi masalah ini.
"Anak pernah dua kali hantar surat kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, minta penjelasan tapi sampai sekarang tak ada respons," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS.
Purata harga sawit tahun 2012 menyusut kepada RM2,764 setan berpunca daripada lambakan sawit tempatan yang berlaku sejak pertengahan tahun lalu.
Harga itu lebih rendah berbanding purata harga minyak sawit pada tahun 2011 yang bernilai RM3,219 setan.
Manakala harga getah pula jatuh daripada RM6.80 kepada RM3.80 sekilo.
Sehubungan itu, Mazlan berkata, isu kejatuhan harga getah dan sawit ini akan dibangkitkan sewaktu debat dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada 16 Februari ini.
Mengulas mengenai debat itu, Mazlan berkata, beliau akan menghantar surat jemputan debat kepada Ahmad dalam waktu terdekat ini.
"Saya yakin beliau sudah tahu mengenai pelawaan saya untuk berdebat. Saya dah dedahkan di media, cuma tak hantar surat lagi," katanya.
Tegasnya, Ahmad mesti bersemuka dengannya secara profesional.
"Datuk Ahmad Maslan tuduh saya pemfitnah bersiri, sebaris dengan perogol bersiri. Dia tohmah pembangkang punca saham FGVH merudum.
"Jadi dia mesti berani debat dengan saya dan saya akan tunggu dia di Dewan Perdana Felda 16 Februari ini," katanya.

0 comments:
Post a Comment