Monday, 4 June 2012

Pelancaran Jentera Pilihanraya JPRU Unit Puncak Alam


Sukacita dimaklumkan, Jentera Pilihanraya PAS Unit Puncak Alam akan mengadakan Majlis Pelancaran seperti berikut :

Tarikh    :   5 Jun 2012 (Selasa)
Tempat   :  Balai Masyarakat Fasa 2 Puncak Alam
Masa      :   9.30 malam

Majlis pelancaran ini akan dirasmikan oleh YB Dr Abdul Rani b. Osman selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga merangkap ADUN Meru.

Sehubungan dengan itu semua ahli PAS Cawangan di bawah DUN Jeram dijemput hadir bagi mendengar amanat yang akan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor nanti. 

Orang ramai yang belum menjadi ahli, dijemput hadir dan dialu-alukan untuk menjadi sukarelawan untuk membantu JPRU Puncak Alam ini nanti. 

Selain daripada itu, JPRU Puncak Alam turut mengalu-alukan sumbangan/waqaf/zakat daripada para dermawan untuk membantu melancarkan gerakkerja pilihanraya yang akan berlaku bila-bila masa bermula dari sekarang. Antara keperluan yang perlu disediakan untuk menghadap Pilihanraya Umum ke 13 nanti adalah :

1)   Mencetak Poster & Risalah kempen
2)   Bendera
3)   Logistik & Pengangkutan
4)   PA Sistem & Projektor
5)   Alat Komunikasi (Walkie Talkie)
6)   Dan Lain-lain 

JPRU Puncak Alam amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat menghulurkan sumbangan demi untuk menegakkan sebuah Negara Berkebajikan yang menjadi halatuju perjuangan Parti Islam Semalaysia (PAS) bersama dengan Pakatan Rakyat.


0 comments:

Post a Comment