PAS Cawangan Puncak Alam Fasa 2 dengan kerjasama NGO CAKNA & HELWA Puncak Alam akan menganjurkan CERAMAH MOTIVASI DAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SPM/SMA 2011 yang akan diadakan pada 20 Mei 2012 (Ahad) bertempat di Balai Masyarakat Puncak Alam Fasa 2.
Dalam majlis ini, PAS Cawangan Puncak Alam Fasa 2 telah menjemput seorang penceramah Motivasi yang terkenal iaitu Ustaz Akhwan Afandi untuk memberikan Ceramah Motivasi selama 1 1/2 jam kepada pelajar-pelajar tersebut.
Majlis ini akan diserikan lagi dengan kehadiran YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang akan menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang. Turut serta Ybhg Cikgu Muhd Rashid Kassim yang merupakan YDP PAS Kawasan Kuala Selangor akan hadir bagi memberikan ucaptama selepas berakhirnya ceramah motivasi.






0 comments:
Post a Comment