PUNCAK ALAM 22 April 2012 – PAS cawangan Puncak Alam Fasa 2 hari ini telah mengadakan satu program ziarah ke 24 buah rumah penduduk di kawasan seksyen 7 dan seksyen 8. Dalam program ini, seramai kira-kira 17 orang yang terdiri AJK serta ahli PAS cawangan Puncak Alam Fasa 2 yang diketuai Ketua Cawangan, Encik Rosli Awang telah menyampaikan sumbangan wang serta bahan makanan asas kepada keluarga-keluarga yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas serta mereka yang berpendapatan rendah. Selain itu, PAS cawangan Puncak Alam Fasa 2 juga menyampaikan sumbangan beg sekolah yang ditaja kerajaan negeri Selangor kepada keluarga yang mempunyai anak-anak yang bersekolah.
Turut menyertai program ziarah ini ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad bersama isteri Puan Azlin Hezri, Pegawai Khas, Encik Maskor Tumiran, YDP PAS Kuala Selangor Cikgu Rashid serta seorang wakil AJK Pas Kawasan Kuala Selangor, En Hanif. YB Dr. Dzulkefly yang dijadualkan terlibat dalam satu program di Ijok telah meluangkan masa bersama untuk melawat keluarga yang ingin diziarah supaya beliau dapat mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi.
Setelah melawat 4 keluarga yang amat memerlukan perhatian serta bantuan, YB Dr. Dzulkefly terpaksa bergegas ke Ijok bagi menghadiri jadual program yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, YB Dr. Dzulkefly telah mewakilkan isteri beliau, Puan Hezlin untuk terus bersama PAS cawangan Puncak Alam Fasa 2 meneruskan lawatan kerumah keluarga-keluarga yang lain.
Sepanjang program ziarah ini, rata-rata keluarga yang menerima sumbangan dan bantuan berasa terharu diatas usaha yang dijalankan oleh PAS Cawangan Puncak Alam Fasa 2 ini.
Menurut Ketua Cawangan PAS Puncak Alam Fasa 2, Encik Rosli Awang, PAS Cawangan Puncak Alam Fasa 2 akan terus menjejaki penduduk yang memerlukan bantuan tidak kira apa fahaman politik mereka.
Menurut beliau lagi, PAS Cawangan Puncak Alam Fasa 2 amat berharap kepada semua penduduk dan para dermawan yang ingin membantu mereka yang memerlukan supaya dapat menyalurkan sumbangan kepada PAS Cawangan Puncak Alam Fasa 2 dengan menghubungi Ketua Lajnah Kebajikan PAS Cawangan Puncak Alam Fasa 2 iaitu Encik Aris ditalian 019-3303892.
Untuk melihat gambar lain KLIK SINI
Untuk melihat gambar lain KLIK SINI






0 comments:
Post a Comment