KUALA LUMPUR, 4 April: Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya hari ini mengesyorkan agar pembubaran parlimen perlu dibuat selepas empat tahun dan diperuntukkan dalam undang-undang.
"Jawatankuasa mengesyorkan tempoh Parlimen hanya boleh dibubarkan selepas mencapai tempoh 4 tahun dan hendaklah diperuntukkan dalam undang-undang," kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
"Cadangan ini dikaji dengan terperinci untuk dilaksana bagi jangka masa panjang," tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan syor jawatankuasa itu di parlimen hari ini.
Bagaimanapun katanya, PSC mengambil maklum bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa menentukan tarikh pembubaran.
"Jawatankuasa ini mengambil maklum bahawa kuasa menentukan tarikh pembubaran parlimen bukan merupakan kuasa SPR mengikut peruntukan undang-undang dan turut mengambil maklum bahawa kuasa SPR hanya dalam menentukan tarikh pilihan raya setelah Parlimen dibubarkan," katanya.
Ianya antara 22 syor yang dikemukakan di parlimen hari ini.

0 comments:
Post a Comment