Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor - Satu program meningkatkan kesedaran muda-mudi ke atas tanggungjawab dan adab-adab di pantai telah diadakan di Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor baru-baru ini. Program ini adalah anjuran Pengerak Belia Tempatan Zon 5B, Daerah Kuala Selangor yang dipimpin oleh Sdr Mohd Salleh Bin Shaari, Ketua PEBT Zon 5B dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor, Jabatan Amal Kuala Selangor serta Nisa Kuala Selangor. Program kesedaran ini adalah bertujuan memberi maklumat kepada muda-mudi terhadap program-program kerajaan negeri Selangor, adab-adab bergaul dan bermacam lagi. Program ini juga disertai oleh sebuah sekolah Maahad Tahfiz berdekatan.
Setelah selesai bertemu muda-mudi serta memberi penerangan, berinteraksi dan bertemu, anak-anak muda ini. mereka telah diberikan motivasi oleh Ustaz Nasrul Hadi Bin Rohani (Pegawai Takbir Agama PAID Kuala Selangor) serta jamuan ringkas.
Tuan Hj Ahmad Alang selaku Ahli Majlis Zon 5B berkata aktiviti seumpama ini akan dibuat dari masa ke masa untuk memastikan anak-anak muda mendapat maklumat terkini tentang program-program yang disediakan oleh kerajaan Negeri Selangor.
Turut hadir dalam majlis adalah Tn Haji Muhd Rashid Kassim, Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram, Tuan Haji Ismail bin Putih, Ketua Kampung Sg Sembilang, Sdr Mohd Azham Abdul Rahim, Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor.
Lagi Gambar KLIK SINI






0 comments:
Post a Comment