Tuesday, 7 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul di Ijok meriah


Batu 7, Ijok. Kuala Selangor. Surau Nurul Ehsan, Ijok turut menyambut Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Pelbagai acara yang diadakan bagi memeriahkan majlis. Sdr Mohd Zamri Bandi selaku AJK JKKK Kg Ijok memulakan acara dengan membaca doa. Bermula jam 9 pagi lagi dari Dataran Surau Nurul Ehsan, perarakan Maulidur Rasul dijalankan sejauh lebih kurang 1 km dan diselang selikan dengan bacaan selawat yang dipimpinkan oleh Ustaz Syamsul Taslin.


 
Tuan Hj Mohd Arif Damanhuri, Ketua Kampung Batu 7, Ijok serta Ustaz Ahmad Azraimi Jamaludin, Imam Masjid Nurul Iman Bt 8 Ijok juga hadir bagi menjayakanprogram ini.

Persembahan Alunan Nasyid telah di adakan bagi mengingati Nabi Muhammad dan perjuangannya.

Program seumpama ini secara tidak langsung mengeratkan dan memperkukuhkan silaturahim antara penduduk dan pemimpin setempat.


0 comments:

Post a Comment