Tuesday, 14 February 2012

Pelancaran ARC Al-Ansar dan Tabung Dana Tahfiz Al-Ansar


Kg Asahan, Kuala Selangor. Maahad Tarbiyyah Islamiyah Al-Ansar (MTIAA) baru-baru ini telah melancarkan (Alternative Riding Club) ARC Al-Ansar serta Tabung Dana Pusat Tahfiz Al-Ansar. Pelancaran ini telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Firdaus dan dendangan halwa telinga oleh kumpulan Qasidah Al-Ansar. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Mudir Al-Ansar, Ustaz Rosazli Bin Md Yasin.

Pelancaran Dana Pusat Tahfiz ini disempurnakan oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan diakhiri oleh pelancaran ARC Al-Ansar oleh Sdr Halim, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia. Majlis juga turut diserikan oleh kumpulan bikers dari ARC Shah Alam.
 
 
MTIAA diasas oleh seorang ulama’ bernama Ustaz Zakaria B Ismail atau dikenali Zakaria Al Ansari. Beliau pada awalnya membuka perkampungan Al Ansar pada tahun 1976. Kemudian didirikan surau sebagai pusat ibadah khusus dan pusat aktiviti penduduk. Maka bermulalah aktiviti pendidikan yang asalnya dari pelajar terdiri dari kalangan anak-anak orang kampung. Kemudian sekitar 1980an beliau membuka peluang belajar kepada orang ramai terutama golongan fakir miskin dan anak yatim yang tidak berpeluang mendapat pendidikan dan pentarbiyahan secara Islam di sekolah kebangsaan.

0 comments:

Post a Comment