Wednesday, 29 June 2011

Pemuda PAS Selangor Teruskan Himpunan BERSIH

GOMBAK, 28 Jun    :     Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat pihak Kerajaan UMNO/BN semakin rimas dan tidak selesa melihatkan kebangkitan rakyat yang sudah muak dan jemu dengan kemampuan mereka memerintah Negara ini.

leh itu, katanya, Himpunan AMAN BERSIH 2.0 (Gabungan pilihanraya bersih dan adil) yang akan membabitkan himpunan rakyat bangkit menuntut keadilan dan keBERSIHan di dalam sistem pilihanraya di Malaysia ini di lihat sebagai suatu usaha yang mesti dicegah dan dihalang walau apa cara sekalipun.

Pihak media cetak dan elektronik telah digunakan untuk memburuk dan mengotorkan agenda Himpunan BERSIH ini dengan pelbagai tuduhan dan fitnah yang liar, pihak polis juga telah digunakan untuk mengancam dan melakukan tangkapan awal supaya program ini tidak dapat diteruskan, katanya lagi.

DPPN Selangor, katanya juga, bertegas untuk meneruskan agenda Himpunan BERSIH ini dan telah mengeluarkan pengarahan supaya seluruh DPP Kawasan-kawasan dalam Negeri Selangor menyambut pengarahan tersebut. Selain itu, pihak DPPN Selangor akan menganjurkan Solat Sunat Hajat Perdana “BERSIH 2.0” peringkat Negeri Selangor pada 29 Jun 2011, Rabu bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

DPPN Selangor mengharapkan seluruh rakyat Selangor akan dapat hadir untuk bersama-sama bermunajat kepada Allah Taala supaya program BERSIH 2.0 akan dapat dijayakan dengan baik dan sempurna kerana hanyalah Allah sahajalah sebaik-baik tempat untuk mengadu dan memohon pertolongan bagi melawan dan mengatasi agenda politik kotor dan “TIDAK BERSIH” puak-puak yang mengamalkan politik kuno, sempit pemikiran dan tidak bertamadun, katanya lagi yang juga Ahli Majlid Perbandaran Selayang (MPS)

Beliau berkata demikian, di dalam kenyataan akhbar yang dikleuarkan kepada pihak media.
 

0 comments:

Post a Comment